Eksperimen Sains (eKelas)
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPelajar ekelas tingkatan dua di Pusat Internet 1 Malaysia Semuba telah menjalankan eksperimen bagi subjek Sains. Eksperimen ini dijalankan dengan kerjasama oleh pihak Maxis dan guru eKelas. Ianya telah diadakan pada 10 Febuari 2018 bertempat di Bilik Latihan PI Semuba. Eksperimen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Sains. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menarik minat pelajar supaya mengikuti eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: